Thursday, June 18, 2020

UNSUR FIZIKAL BILIK DARJAH

Nur Zawanah Binti Ali
D20191088693

Assalamualaikum dan hai semua 😆

Untuk pengetahuan semua bilik pembelajaran ialah bilik-bilik di sekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru. Pembelajaran tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain di dalamnya. Strategi pengurusan bilik pembelajaran di sesebuah sekolah haruslah dititikberatkan kerana ia sangat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Apa yang hendak saya sampaikan adalah berkaitan dengan unsur fizikal bilik darjah. 

Keberkesanan Pendidikan Abad ke-21 bukan sekadar tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid bukan berpusatkan guru semata. Namun begitu, bagaimana susunan meja dan kerusi ini disusun di dalam kelas adalah sangat memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas. Kedudukan tempat duduk pelajar tidak boleh diubah suai bagi menggelakkan berlakunya kekeliruan sewaktu belajar. Meja guru juga terletak dibahagian hadapan kelas, dan guru berada di sekitar meja pelajar bagi membantu dalam proses pembelajaran. Penyusunan perlu berkait rapat dengan strategi dan pendekatan pengajaran pembelajaran, ini kerana pengajaran secara berkumpulan adalah diutamakan. Namun demikian, pengajaran cara kelas masih juga dijalankan. Pengurusan bilik pembelajaran juga termasuklah rutin bilik pembelajaran dan juga penyimpanan rekod yang harus di ambil kira oleh setiap pihak sekolah.

SEKIAN, TERIMA KASIH.
-NUR ZAWANAH BINTI ALI-