Saturday, April 18, 2020

INTERAKSI BILIK DARJAH (NUR SARAH BINTI MOHD FIRDAUS OOI, D20191088694)


Bab kelapan yang akan dibincangkan di dalam kursus Pengurusan Pembelajaran ialah Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran (bilik darjah/makmal/studio/dll). Bab ini akan menjelaskan mengenai tiga faktor strategi mengurus bilik pembelajaran iaitu faktor fizikal,faktor interaksi bilik darjah dan faktor iklim bilik darjah.

Di dalam blog ini, saya akan menerangkan mengenai Interaksi Bilik Darjah sahaja. Apa itu Interaksi? Interaksi merupakan satu jalinan hubungan antara guru dengan murid. Menurut kamus ‘A English Dictionary’ Interaksi bermaksud proses saling bertindak serta saling mempengaruhi antara satu sama lain. Di bawah konsep pendidikan interaksi dalam bilik darjah boleh ditinjau daripada dua sudut iaitu interaksi antara individu dengan alam sekitar. Menurut Roselan (2003) interaksi bilik darjah merujuk kepada proses pertukaran tindakan yang berlaku antara guru dengan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


FAKTOR MEMPENGARUHI INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH:


 INTERAKSI SATU HALA
 

Interaksi sehala merupakan interaksi bilik darjah di mana guru yang mengawal segala aktiviti PdP yang berlaku di dalam kelas. Interaksi ini merupakan interaksi yang kurang aktif dimana interaksi yang memfokuskan kepada guru sahaja. Interaksi ini sangat penting bagi memastikan murid dapat menuntut ilmu terlebih dahulu sebelum terdapat perkara yang tidak difahami semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.





   INTERAKSI DUA HALA                                                               
        

Interaksi ini melibatkan dua atau lebih individu dalam berkomunikasi. Interaksi dua hala antara guru dan murid ialah guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif. Interaksi ini digunakan semasa murid mengajukan soalan mengenai topik yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah sangat penting bagi memastikan murid dapat memahami sesuatu pelajaran dengan baik supaya objektif dan matlamat RPH guru dapat dicapai. Manakala Interaksi dua hala antara murid dengan murid ialah guru menggunakan pendekatan kumpulan, kertas kerja, kaedah bermain dan lakonan sebagai aktiviti PDP. Interaksi ini murid dapat mempelajari sesuatu dari murid yang lain.



INTERAKSI PELBAGAI HALA



Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid ialah guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti stimulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesaian masalah. Ini dapat mengeratkan hubungan di antara murid dan guru kerana interaksi ini merupakan interaksi aktif dimana peranan murid digunakan secara optimum.




FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM KELAS ADALAH:

1.SUSUNAN BILIK DARJAH      
· Terdapat 3 jenis susunan meja dan kerusi iaitu:
                                    

                                             SUSUNAN TRADISI



               
                                SUSUNAN HORSE SHOE

     
                                          


                                               SUSUNAN MODULAR





2.KEADAAN EMOSI BILIK DARJAH 
· Suara guru yang jelas dan sikap guru yang positif.

3.KAWALAN YANG SEMPURNA DAN MENGGUNAKAN GAYA KEPIMPINAN YANG SESUAI
· Gaya Autokratik – Interaksi sehala (tidak sesuai).
· Gaya Demokratik – Interaksi dua hala (paling sesuai).
· Gaya Laissez Faire – Kebebasan sepenuh diberikan kepada pelajar (tidak sesuai).

4.PENGGUNAAN KAEDAH KUMPULAN
· Pelajar berfikir, merancang, melaksana dan menilai kerja dengan semangat gotong-royong.


5.MEMPERBANYAKKAN PENGAJARAN BERBENTUK AMALI DARIPADA BERBENTUK TEORI
·  Semua pelajar boleh terlibat dan bergerak balas secara cergas.

6.GUNA KAEDAH PENGAJARAN YANG BOLEH MENGHIDUPKAN SUASANA PEMBELAJARAN 
· Perbincangan, soal jawab, sosiodrama, permainan dan lain-lain.

7.GUNA ALAT BANTU MENGAJAR BERTEKNOLOGI
 ·   Memudahkan proses PdP
 ·   Diminati oleh pelajar

8.LAKUKAN KEGIATAN PEMULIHAN BAGI PELAJAR YANG BERMASALAH
Sesi bimbingan – guru sebagai kaunselor.

 9.SIKAP GURU YANG BAIK
Beri pelajar kebebasan untuk membuat keputusan peluang bekerja sendiri

Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses PdP yang berkesan. Ianya terbahagi kepada tiga suasana iaitu fizikalsosial dan emosi.


Kesimpulannya, interaksi memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Segala jenis maklumat yang disampaikan kepada murid adalah melalui interaksi. Oleh itu, para guru hendaklah cakna dan pakar dalam menggunakan kaedah interaksi yang betul dalam menguruskan bilik darjah serta menggunakan teknik komunikasi yang berkesan supaya murid rasa selesa untuk bergaul dengan guru dan rakan-rakan.

https://youtu.be/AcX2bw3hGX0

https://youtu.be/YXjtPzLODPE

https://youtu.be/nJ27NRJsmHY


NUR SARAH BINTI MOHD FIRDAUS OOI
(D20191088694)