Menurut Open
Educational and The American School, R.S. Barth, bilik darjah terbuka ialah
“konsep pendidikan terbuka sebagai satu pendekatan pengajaran-pembelajaran,
ruang-ruang pembelajaran, bahan-bahan pembelajaran serta penglibatan pelajaran
dalam membuat pemilihan daripada pendekatan dan strategi pembelajaran.”
Ciri-ciri bilik
darjah terbuka ialah guru menjadi penasihat dan membimbing, pelajar menentukan
dan merancang aktiviti pembelajaran sendiri, pengajaran dalam kumpulan kecil
dan individu, pelbagai aktiviti dalam satu masa, jadual waktu yang fleksibel,
tiada kurikulum yang wajib, peluang diberi kepada pelajar untuk mengkaji
perkara yang diminati, situasi pengajaran yang berkesan serta hubungan antara
ibu bapa dan guru adalah bersifat terbuka tanpa sikap berpura-pura.
Antara aspek
fizikal bilik darjah yang perlu dititikberatkan ialah kebersihan, keselamatan,
penggunaan kemudahan, keselesaan dan keindahan.
KEBERSIHAN
v Persekitaran
yang bersih seperti lantai tiada sampah, tingkap yang bersih daripada habuk,
tong sampah tidak dibiarkan penuh serta pakaian murid juga perlu bersih dan
kemas.
KESELAMATAN
v Mempunyai
pelan keselamatan kebakaran, semua alatan dan bahan di dalam bilik darjah perlu
selamat untuk digunakan serta persekitaran bilik darjah tidak mendatangkan
bahaya hingga melibatkan kemalangan.
PENGGUNAAN
KEMUDAHAN
v Digunakan
dengan baik dan tidak membazir.
KESELESAAN
v Bilik
yang sesuai, pengudaraan yang baik, ruang yang mencukupi, kesesuaian kerusi dan
meja murid serta ketenteraman persekitaran.
KEINDAHAN
v Dihiasi
dengan pokok bunga, kata-kata hikmah, mural, langsir, ikan hiasan, alas meja
serta kontra warna kelas.
IMPLIKASI BILIK
DARJAH KBSM dan KBSM
Ø Pengajaran
secara berpusatkan murid
Ø Pembelajaran
lebih seronok dan bermakna
Ø Dapat
bertuka-tukar pendapat
Ø Tugasan
yang diberikan adalah selaras
IMPLIKASI BILIK
DARJAH TERBUKA
Ø Pelajaran
yang disampaikan kurang berstruktur
Ø Autonomi
kendiri dapat dipupuk
Ø Dapat
mengkaji minat para pelajar
Ø Dapat
membantu murid membentuk konsep kendiri yang positif
KESIMPULAN
Proses pembelajaran
yang bermakna perlu memberi iklim bilik darjah yang selesa, kemudahan yang
sesuai serta keadaan kelas yang kondusif dan berjaya menarik perhatian dan
minat murid.
NURUL HUSNA BINTI MOHAMAD SUPIAN
(D20191088748)