Bab kelapan yang akan dibincangkan di dalam kursus Pengurusan Pembelajaran ialah Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran (bilik darjah/makmal/studio/dll). Bab ini akan menjelaskan mengenai tiga faktor strategi mengurus bilik pembelajaran iaitu faktor fizikal,faktor interaksi bilik darjah dan faktor iklim bilik darjah.
Di dalam blog ini, saya akan menerangkan mengenai Interaksi Bilik Darjah sahaja. Apa itu Interaksi? Interaksi merupakan satu jalinan hubungan antara guru dengan murid.
Menurut kamus ‘A English Dictionary’ Interaksi bermaksud proses saling
bertindak serta saling mempengaruhi antara satu sama lain. Di bawah konsep
pendidikan interaksi dalam bilik darjah boleh ditinjau daripada dua sudut iaitu
interaksi antara individu dengan alam sekitar. Menurut Roselan (2003) interaksi
bilik darjah merujuk kepada proses pertukaran tindakan yang berlaku antara guru
dengan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
FAKTOR
MEMPENGARUHI INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH:
INTERAKSI SATU HALA
Interaksi sehala merupakan interaksi bilik darjah di mana
guru yang mengawal segala aktiviti PdP yang berlaku di dalam kelas.
Interaksi ini merupakan interaksi yang kurang aktif dimana interaksi yang
memfokuskan kepada guru sahaja. Interaksi ini sangat penting bagi memastikan
murid dapat menuntut ilmu terlebih dahulu sebelum terdapat perkara yang tidak
difahami semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
INTERAKSI DUA HALA
Interaksi ini melibatkan dua atau lebih individu dalam
berkomunikasi. Interaksi dua hala antara
guru dan murid ialah guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti
perbincangan atau kaedah induktif. Interaksi ini digunakan semasa murid
mengajukan soalan mengenai topik yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Ini adalah sangat penting bagi memastikan murid dapat memahami
sesuatu pelajaran dengan baik supaya objektif dan matlamat RPH guru dapat
dicapai. Manakala Interaksi dua hala
antara murid dengan murid ialah guru menggunakan pendekatan kumpulan, kertas kerja, kaedah bermain dan lakonan sebagai aktiviti PDP. Interaksi
ini murid dapat mempelajari sesuatu dari murid yang lain.
INTERAKSI PELBAGAI HALA

Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan
murid dengan murid ialah guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti
stimulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, perbincangan, ujikaji dan kaedah
penyelesaian masalah. Ini dapat mengeratkan hubungan di antara murid dan guru
kerana interaksi ini merupakan interaksi aktif dimana peranan murid digunakan
secara optimum.
SUSUNAN HORSE SHOE
4.PENGGUNAAN KAEDAH KUMPULAN
7.GUNA ALAT BANTU MENGAJAR BERTEKNOLOGI
· Memudahkan proses PdP
· Diminati oleh pelajar
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM KELAS ADALAH:
1.SUSUNAN BILIK DARJAH
· Terdapat 3 jenis susunan meja dan kerusi iaitu:
· Terdapat 3 jenis susunan meja dan kerusi iaitu:
SUSUNAN TRADISI
SUSUNAN HORSE SHOE
SUSUNAN MODULAR
2.KEADAAN EMOSI BILIK DARJAH
· Suara guru yang jelas dan sikap guru yang positif.
· Suara guru yang jelas dan sikap guru yang positif.
3.KAWALAN YANG SEMPURNA DAN MENGGUNAKAN GAYA KEPIMPINAN YANG SESUAI
· Gaya Autokratik – Interaksi sehala (tidak sesuai).
· Gaya Demokratik – Interaksi dua hala (paling sesuai).
· Gaya Laissez Faire – Kebebasan sepenuh diberikan kepada pelajar (tidak sesuai).
· Gaya Autokratik – Interaksi sehala (tidak sesuai).
· Gaya Demokratik – Interaksi dua hala (paling sesuai).
· Gaya Laissez Faire – Kebebasan sepenuh diberikan kepada pelajar (tidak sesuai).
4.PENGGUNAAN KAEDAH KUMPULAN
· Pelajar berfikir, merancang, melaksana dan menilai
kerja dengan semangat gotong-royong.
5.MEMPERBANYAKKAN PENGAJARAN BERBENTUK AMALI DARIPADA BERBENTUK TEORI
· Semua pelajar boleh terlibat dan bergerak balas
secara cergas.
6.GUNA KAEDAH PENGAJARAN YANG BOLEH MENGHIDUPKAN SUASANA PEMBELAJARAN
· Perbincangan, soal jawab, sosiodrama, permainan dan lain-lain.
· Perbincangan, soal jawab, sosiodrama, permainan dan lain-lain.
7.GUNA ALAT BANTU MENGAJAR BERTEKNOLOGI
· Memudahkan proses PdP
· Diminati oleh pelajar
8.LAKUKAN KEGIATAN PEMULIHAN BAGI PELAJAR YANG BERMASALAH
Sesi bimbingan – guru sebagai kaunselor.
Sesi bimbingan – guru sebagai kaunselor.
9.SIKAP GURU YANG BAIK
Beri pelajar kebebasan untuk membuat keputusan peluang bekerja sendiri
Beri pelajar kebebasan untuk membuat keputusan peluang bekerja sendiri
Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi
mewujudkan proses PdP yang berkesan. Ianya terbahagi kepada tiga suasana
iaitu fizikal, sosial dan emosi.
Kesimpulannya, interaksi memainkan peranan penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Segala jenis maklumat
yang disampaikan kepada murid adalah melalui interaksi. Oleh itu, para guru hendaklah cakna dan pakar dalam menggunakan kaedah interaksi yang betul dalam
menguruskan bilik darjah serta menggunakan teknik komunikasi yang berkesan
supaya murid rasa selesa untuk bergaul dengan guru dan rakan-rakan.
https://youtu.be/AcX2bw3hGX0
https://youtu.be/YXjtPzLODPE
https://youtu.be/nJ27NRJsmHY
https://youtu.be/AcX2bw3hGX0
https://youtu.be/YXjtPzLODPE
https://youtu.be/nJ27NRJsmHY
NUR SARAH BINTI MOHD FIRDAUS OOI
(D20191088694)
(D20191088694)
No comments:
Post a Comment