Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua pembaca dan
rakan-rakan blogger diruangan blog. Pertama sekali, syukur kehadrat ilahi
kerana kami lima sahabat yang masih menuntut di Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) diberi kesempatan untuk berkongsi
nota-nota pembelajaran bagi subjek Pengurusan Pembelajaran (KPS3014) bagi
semester ini. Semestinya nota yang akan kami kongsikan di kemudian hari
merupakan nota-nota pembelajaran di sepanjang semester ini serta bersifat ‘up-to-date’
dari kuliah yang disampaikan oleh pensyarah kami.
Dalam kesibukan tugas seharian kami berlima sebagai seorang
mahasiswa, kami tidak akan lupa untuk berkongsi kepada semua pembaca serta
rakan-rakan blogger mengenai apa yang terkandung dalam subjek Pengurusan
Pembelajaran ini agar kita semua sentiasa diberikan pengetahuan yang luas, ilmu
yang diberkati serta memperoleh manfaat bersama.
Sekian dahulu daripada kami. Jangan lupa nantikan post
seterusnya.
LIMA BERSAHABAT!!
GANBATTE KUDASAI!!😊
No comments:
Post a Comment