Friday, April 24, 2020


Menurut Open Educational and The American School, R.S. Barth, bilik darjah terbuka ialah “konsep pendidikan terbuka sebagai satu pendekatan pengajaran-pembelajaran, ruang-ruang pembelajaran, bahan-bahan pembelajaran serta penglibatan pelajaran dalam membuat pemilihan daripada pendekatan dan strategi pembelajaran.”



Ciri-ciri bilik darjah terbuka ialah guru menjadi penasihat dan membimbing, pelajar menentukan dan merancang aktiviti pembelajaran sendiri, pengajaran dalam kumpulan kecil dan individu, pelbagai aktiviti dalam satu masa, jadual waktu yang fleksibel, tiada kurikulum yang wajib, peluang diberi kepada pelajar untuk mengkaji perkara yang diminati, situasi pengajaran yang berkesan serta hubungan antara ibu bapa dan guru adalah bersifat terbuka tanpa sikap berpura-pura.



Antara aspek fizikal bilik darjah yang perlu dititikberatkan ialah kebersihan, keselamatan, penggunaan kemudahan, keselesaan dan keindahan.



KEBERSIHAN
v  Persekitaran yang bersih seperti lantai tiada sampah, tingkap yang bersih daripada habuk, tong sampah tidak dibiarkan penuh serta pakaian murid juga perlu bersih dan kemas.



KESELAMATAN
v  Mempunyai pelan keselamatan kebakaran, semua alatan dan bahan di dalam bilik darjah perlu selamat untuk digunakan serta persekitaran bilik darjah tidak mendatangkan bahaya hingga melibatkan kemalangan.


PENGGUNAAN KEMUDAHAN
v  Digunakan dengan baik dan tidak membazir.

KESELESAAN
v  Bilik yang sesuai, pengudaraan yang baik, ruang yang mencukupi, kesesuaian kerusi dan meja murid serta ketenteraman persekitaran.

KEINDAHAN
v  Dihiasi dengan pokok bunga, kata-kata hikmah, mural, langsir, ikan hiasan, alas meja serta kontra warna kelas.

IMPLIKASI BILIK DARJAH KBSM dan KBSM
Ø  Pengajaran secara berpusatkan murid
Ø  Pembelajaran lebih seronok dan bermakna
Ø  Dapat bertuka-tukar pendapat

Ø  Tugasan yang diberikan adalah selaras

IMPLIKASI BILIK DARJAH TERBUKA
Ø  Pelajaran yang disampaikan kurang berstruktur
Ø  Autonomi kendiri dapat dipupuk
Ø  Dapat mengkaji minat para pelajar
Ø  Dapat membantu murid membentuk konsep kendiri yang positif

KESIMPULAN

Proses pembelajaran yang bermakna perlu memberi iklim bilik darjah yang selesa, kemudahan yang sesuai serta keadaan kelas yang kondusif dan berjaya menarik perhatian dan minat murid.


NURUL HUSNA BINTI MOHAMAD SUPIAN (D20191088748)






No comments:

Post a Comment