Friday, April 24, 2020

UNSUR FIZIKAL BILIK DARJAH


UNSUR FIZIKAL BILIK DARJAH

          Unsur fizikal bilik darjah terbahagi kepada beberapa aspek iaitu, konsep bilik darjah, jenis-jenis bilik darjah, penyusunan fizikal dan implikasi jenis bilik darjah.
Unsur fizikal bilik darjah berubah-rubah mengikut perkembangan idea pendidikan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh :-

MASA DULU

Ø  Lima hingga enam pelajar mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap bilik darjah.
Ø  Surau atau pondok yang dijadikan tempat untuk belajar mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah. 


MASA KINI
Ø  Ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikal.
Ø  Dilengkapi dengan kemudahan seperti kerusi dan meja yang disusun mengikut kehendak aktiviti pengajaran dan pembelajaran.



Bilik darjah diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya. Antaranya ialah:-
§  Bilik darjah tradisi
§  Bilik darjah KBSR dan KBSM
§  Bilik darjah mata pelajaran khas
§  Bilik darjah terbuka



Ciri-ciri bilik darjah tradisi ialah susunan kerusi dan meja, murid yang mempunyai masalah atau berkeperluan khas (fizikal tubuh badan, penglihatan atau pendengaran), disusun berpusatkan guru serta aktiviti murid berkumpulan jarang dilakukan.



Ciri bilik darjah KBSR atau KBSM pula ialah susunan kerusi dan meja mengikut kaedah berkumpulan mengikut potensi, bakat dan kebolehan murid tersebut, strategi pengajaran berpusatkan murid, interaksi antara murid banyak berlaku, menggunakan alat bantu mengajar, ruang pembelajaran disediakan serta murid tidak pasif dan bergerak secara aktif.


Ciri bilik darjah mata pelajaran khas ialah dilengkapi dengan pelbagai alatan, susunan kerusi dan meja diuabhsuai untuk kerja amali, sudut bilik dilengkapi dengan almari untuk menyimpan peralatan serta kemudahan peralatan seperti sinki dan paip air.

















No comments:

Post a Comment